Sunday, March 26, 2006
27 Mac 2006Minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi kumpulan saya untuk menyelesaikan projek kami kerana pada hari Isnin hadapan, kami harus mempersembahkan hasil penyelidikan kita. Pada hariSabtu yang lepas, saya dan beberapa kawan sekolah yang lain berpeluang untuk ke Politeknik Ngee Ann untuk mempelajari system solar dan menggunakan teleskop untuk melihat bintang. Saya berasa ghairah kerana dapat melihat saturn, jupiter dan Mars. Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan murid-murid dari sekolah lain seperti Raffles Institution, Sekolah Perempuan Nanyangs, Bukit Panjang Government High dan NUS High School of Mathematics and Science. Ada di antara mereka membawa teleskop mereka sendiri tetapi sekolah kami terpaksa menggunakan teleskop milik Politeknik Ngee Ann. Bagaimanapun, saya telah dapat mempelajari lebih banyak tentang bintang dan bersyukur kerana telah berkesempatan untuk menyaksikan salah satu keajaiban dan kuasa Allah swt.
Di sana juga, saya telah berkenalan dengan seorang pelajar Politeknik Ngee Ann bernama Balielah. Beliau berumur 20 tahun dan merupakan seorang yang sangat peramah. Beliau menunjukkan tempat untuk kami sembahyang. Mujur, ada orang sepertinya...
Pengalaman ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Saya juga berharap ada wujudnya aktiviti sebegini pada masa hadapan supaya saya boleh menyertainya lagi.
kawaii!;
6:54 PM
Sunday, March 19, 2006
Pada minggu lepas, kumpulan saya menghadapi pelbagai masalah berjumpa kerana kegiatan sekolah. Saya harus pergi sekolah untuk berlatih kerana pancaragam sekolah kami akan mengadakan konsert pada bulan Jun yang akan datang ini. Fatin pula sibuk dengan kegiatan lain seperti peraduan "Scrabble" dan projek yang lain. Danial pula sibuk membantu Orkestra Cina sekolah kita semasa konsert mereka yang berlangsung selama dua hari berturut-turut. Oleh itu, projek kami tergendala dan kami kesuntukan waktu untuk menyelesaikan projek budaya kami. Kami berharap dalam masa dua minggu ini, kami dapat membuat projek ini dengan baik dan membuat persembahan yang mempersonakan Cikgu dan rakan-rakan sekalian.
kawaii!;
6:58 PM
Tuesday, February 28, 2006
1 Mar 2006Kita hanya tinggal dua minggu sahaja untuk menyelesaikan projek kami kerana selepas cuti sekolah bulan March yang akan datang, tiba masanya untuk membentangkan hasil projek kami. Masa berlalu dengan cepat sekali membuat kami resah dan stres. Kami bercadang untuk menhabiskan bod cerita kami minggu ini dan membuat ucapan kami sejurus selepas bod cerita kami selesai.Semalam, kelas saya menjual beberapa makanan semas waktu rehat di kantin. Kami menjual vadai, biskut cokelat, jus lemon,kacang kuda dan juga 'chocolate marshmellow' yang telah disediakan oleh bekas pelajar Cikgu Mariam. Kami sangat gembira kerana dapat memperolehi keuntungan sebanyak $185. Semua makanan dan minuman yang kami jual laku dan habis dibeli oleh pelajar menengah satu dan dua. Hanya sedikit sahaja yang tinggal untuk dijual kepada pelajar menengah empat dan lima. Oleh itu, semasa waktu rehat mereka, kami bersiap-siap untuk tutup kedai. Kami berasa begitu lapar dan penat sekali tetapi keuntungan yang diraih bersama amat menggembirakan kami.
kawaii!;
3:59 PM
Thursday, February 23, 2006
24 February 2006Pada minggu ini, kami sekumpulan sibuk membuat bod cerita dan mengemaskini fail kerana harus dihantar pada minggu hadapan. Kami bercadang untuk menaip dan mencetak bod cerita kami. Mujurlah, pada hari ini, kami diberi peluang untuk menaip renungan kami, tidak seperti minggu lepas di mana kami harus membuatnya di rumah ataupun di sekolah bagi mereka yang tiada Internet di rumah seperti saya. Walau bagaimanapun, saya dapat menyelesaikannya tepat pada waktunya.
kawaii!;
4:10 PM
Tuesday, February 14, 2006
15 Februari 2006Memandangkan Cikgu membenarkan kami menaip renungan yang kelima kami pada hari ini, saya pun mengambil kesempatan ini untuk menaipnya kerana saya tidak ada internet di rumah. Semalam, kami menyambut Hari Kekasih ataupun Valentine's Day. Kelas saya begitu ghairah sekali dan ada sesetengah kawan saya memberi gula-gula dan cokelat. Saya berasa gembira kerana dapat banyak gula-gula hingga kembung perut saya. Pada pendapat saya, Hari Kekasih harus disambut setiap hari oleh semua pasangan kekasih di seluruh dunia.
kawaii!;
4:34 PM
Thursday, February 09, 2006
10 Februari 2006
Pada hari ini, kami sekumpulan ditugaskan untuk membuat penyelidikan lanjut di makmal komputer. Saya akan melungsuri internet untuk mencari informasi dan ahli kumpulan saya yang lain akan sama-sama memastikan yang blog kumpulan kita akan terus hidup.
kawaii!;
4:26 PM
Sunday, February 05, 2006
3 Februari 2006
Pada minggu ini, kumpulan saya telah ditugaskan untuk mengemaskinikan fail dan membuat pembetulan untuk surat kiriman rasmi serta kertas kerja. Nasib baik kami sudah membetulkan kertas kerja kami dan setelah Fatin membuat pembetulan untuk surat kiriman, saya mengemaskinikan fail dan kerja kami sudah selesai tepat pada waktunya. Minggu ini merupakan minggu yang amat sibuk bagi saya. Masa saya dihabiskan mengulangkaji pelajaran untuk ujian CA dan juga untuk latihan CCA. Jadi, hari Sabtu dan Ahad ini, bolehlah saya berehat di rumah.
kawaii!;
7:06 PM
26 Januari 2006Pada hari ini, kumpulan saya membuat surat kiriman rasmi. Kami pada mulanya bingung tentang cara-cara menulis surat kiriman dengan betul. Ia memakan masa yang agak lama untuk menulis surat tersebut tapi akhirnya apabila kerja sudah dilaksanakan, kami akhirnya dapat menarik nafas yang panjang. Kami pada mulanya ingin berputus asa tetapi apabila semuanya berjalan dengan lancar, kami mempunyai semangat untuk bekerja.
kawaii!;
6:54 PM